Saturday, June 23, 2012

Destinasi Abadi


Kehadiranmu tidak lagi membawa cita
Tidak ku anggap ia sbg duka...
Tetapi tanpa dipinta, hatiku pedih terluka
Ke mana akan kubawa hati yg lara
Sedangkan tidak berhasrat kumenjauh darimu
Melepaskan rasa hormat dan sayang
Yang sepatutnya menjadi harmoni dlm kehidupan ini.

Tiada siapa yg meminta menjadi lemah...
Tetapi tanpa sedar,
Air mata jua peneman tidurku
Rasa hiba berkabus dlm jagaku.

Ingin kurentap kekecewaan ini
Kerana dirimu wajar dikasihi
Tetapi bagaimana harus menjadi solusi?
Sedang kita sentiasa berawan hitam
Menangis resah ibarat tengkujuh
Tegar membanjiri perasaan ini.

Ingin sekali kulakarkan pelangi
Walau seketika cuma
Dan ku berharap
Pelangi itu akan senantiasa menjadi tanda
Kebahagiaan hakiki
Di syurga Allah nanti.

Kuatlah wahai diri
Bersyukur dgn kurniaanNya
Bersabar dgn kekuranganmu
Bersabarlah...
Kelak Jannah milikmu

InsyaAllah

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D

No comments:

Post a Comment