Saturday, October 22, 2011

HAPPY DAY!! XD

Assalamualaikum w.b.t....
Seperti janji KIKA kpd pemilik broadband ini, diLa, KIKA akan membuang sawang yg sekian lama bertapa di blog ini...hehe

First of all....nak ckp yg KIKA sayang sangat2 ngn FAMILY KIKA...hehe...Ayah, Ummi, Asyraf, Aiman, Zaid, Adik, makcik n pakcik saudara, sepupu2 and ahli2 keluarga yg lain...luv u all very much ok...Family always no.1!!!

Second, nak wish a lot of thanks to my classmate (SM2K2T1) in KMS/SeMaC sbb diorg buat surprise birthday party untuk KIKA...Lepas mkn kek, kitorang main game POLIS, PEMBUNUH & ORG AWAM...hehe...sesiapa yg tahu tu fahamlah kan cmne keseronokan dia...

Third nak say thanks to those yg wish KIKA hari ni...u all makes me as B!RtHDaY G!RL hepiiiii.....

Thn ni birthday pertama duduk kat asrama & sbg pelajar matrik...harap sy dpt skor dlm exam akhir sem1 ni dan biarlah ni jd birthday yg terakhir sbg pelajar matrik...amin...kpd semua yg mengenali diri ini, moga kalian berjaya mencapai kejayaan di dunia & akhirat....amiiinnnn....
XD

Sunday, October 2, 2011

Macam2 Kisahku -episod 1-

Assalamualaikum to all readers........................

First, terus cerita pasal kisah utama....jeng3....hehehe...ok! 26 September, KIKA join pertandingan sajak... Alhamdulillah dapat no.2...tau hari tu jugak sbb no.1 n no.2 kena perform masa perhimpunan pelajar pada 30 September... Jadi, pada 30 September tu KIKA perform la... Alhamdulillah ok jugak....
Sekali............masa nak ambik hamper kat atas pentas, hamper tu jatuh pulak.............adui aiiiii...........berbakul2 malu...dah la pengarah yg sampaikan hamper tu....bila jatuh, pengarah tolong angkatkan....huuu.....gamat la dwn tu...kat sebelah pengarah ialah YDP JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar), nampak gelabah giler...sah2 terkejut...part hamper jatuh takda dlm rehearsal....hihi...
so, ni ada la satu gambar tuk tatapan kalian ya... =D




Ok...hadiah dia mmg tinggi jgak...rmai yg terkejut sbb hadiah ni utk individu....dah tgk kan mcm mana KIKA melaram hari tu...hehe....dah penat sgt masa ni...tak sempat nak posing ngn classmate....roomate pun sorg ni je la....insyaAllah nanti KIKA dptkn video dr SU JPP utk masuk kat sini....nak cari gak kot2 ada yg snap gambar masa hamper tu jatuh....kih3....

KISAH KEHILANGAN

Kehilangan sesuatu
Buat kita sedar
Bahawa kehidupan ini
Bukan sekadar kehidupan biasa

Hari ini aku tidak tahu
Apa itu erti kehidupan sebenar
Tanpa kesusahan

Selama ini
Hidupku hanya sekadar mengikut arus
Menanti penghujung yang tidak pasti

Ketika melayari kehidupan yang begitu kurasakan pelbagai
Aku tenggelam dalam kebuntuan
Aku sendiri tidak mengetahui
Tentang kehidupan sebenar

Benarkah aku di jalan kehidupan ini?
Sang bintang yang selalu menjadi saksi
Tidak kelihatan di sebalik bulan yang setia
Kegelapan yang kurasakan
Seakan gemar bersarang hampir kepadaku

Persoalan seakan senak di mindaku
Kata-kata bergolak dalam jiwa
Seakan menduga ilmu dan kesetiaanku

Kehilangan yang kuharapkan
Kehilangan yang membawa sinar

Begitu perit rasa hati, jiwa dan ragaku
Berbakul nasihat yang sudi
Singgah di laman hati ini
Namun,
Sejauh mana bisa merawat luka nan parah
Yang menjadi igauan saban malam
Membina harapan kala dinihari
Menerbitkan usaha tatkala siang
Tapi ketika kembali…….
Dapatkah aku menuai sejayanya…?
Atau hanya sekadar seribu syukur
Atas kepuasan yang tidak dapat ditafsir

-DI SEBALIK HIKMAH-
MENUJU DINIHARI,
30 September 2011

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D