Wednesday, April 27, 2011

Lestarinya Sebuah Perpaduan

Kisah perpaduan
Masih di alam kembara
Waktu yang berlalu
Semakin mewarnai tujuan
Yang telah kita ungkapkan
Dengan semangat waja

Watak dalam kisah perpaduan
Sentiasa diperbaharui
Ada yang terkandung rasa puas dan bahagia
Atas usaha yang tiada tandingan
Ada yang menanam rasa iri dan haloba
Kerana dangkal akan apa itu perpaduan
Ada yang hanya memandang sebelah mata
Merasakan kisah perpaduan tidak bermakna

Di sinilah tergalasnya satu tugas
Yang suci hakiki
Buat generasi era ini
Menzahirkan erti perpaduan
Melestarikan impian perpaduan
Demi keharmonian bumi bertuah ini

Mari kita sungkupkan rasa dengki
Menjauhi diskriminasi
Yang dangkal kita izharkan
Muafakat kita jalinkan
Perpaduan kita jayakan
Satu Malaysia kita laksanakan

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D

Monday, April 25, 2011

23 April 2011-Episod KLIBF 2011

Urm...dalam dilema pergi tak pergi, last sekali sampai jugak di PWTC utk KLIBF dengan Humaira Nordin dan sepepunya, Syahidatul Ainn!!!! best giler.....masa smpai tu dlm pukul 9.30, org tak ramai...so, agenda utama! pergi keluarkan duit kat ATM....dlm mencari ATM tu, ternampak booth gedik a.k.a Kedai PINK AIN MAISARAH....seorang penulis yg dah banyak menghasilkan karya dan tak sangka, beliaulah penulis wanita terkemuka yg pertama KIKA jumpa siap ambil gambar lagi....jeng3....




kira boleh jadi inspirasi KIKA utk mempergiatkan usaha utk jadi seorang penulis.... =D


then, ada plak Dr Mahathir...tp tgk dr jauh je la.....hehe....kebetulan lagi, Dr Mahathir ni masuk kat bhgn karangkraf masa KIKA, Humaira & Ainn kat situ...adoi....rmai gler org.....apa lagi, g tmpt lain la jwb nye....hehe...xlama lepas tu, ada plak Salih Yaacob...yg ni sempat snap gambar dia....jeng3....


kitorang balik dlm kul 3.15pm....sempat jugak bergambar lagi....jeng3...


sekian........................... =D

25 April 2011- Episod Anugerah oh Anugerah....

urm...ni 2nd time KIKA dpt anugerah peringkat negeri....yang pertama masa dpt no.3 Anugerah Tokoh NILAM kategori sekolah menengah bandar peringkat negeri Selangor....yg kedua nilah.....Anugerah Pelajar Cemerlang PTRS SPM 2010....so, KIKA dpt ni....




trofi....sikit punya besar dan berat..... =D

tgk sijil ni...baca kat bahagian disampaikan oleh: __________________________ hehe =p




dan lagi satu ni ha....tapi isi sampul ni harus dirahsiakan...hehe =p

cerita di sebalik anugerah ni....
KIKA masuk Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) ni lambat sikit dari yang lain sbb lambat tahu....tp mmg best la sbb ada modul setiap bulan, cikgu yg straight to the point, kawan2 yg hepi go lucky,tmpt belajar yg selesa & program2 yg menarik....setiap DUN ada satu Koordinator Modal Insan (KPMI) yang uruskan....dan KPMI kat tempat KIKA tu pemurah....dia selalu belanja kitorang makan....hehehehe suka gler la KIKA kan..... =D

PTRS ni utk golongan berpendapatan rendah sbb tu tuisyen dia percuma....cm KIKA, mmg KIKA bkn la dr golongan yang berpendapatan rendah sgt tp mmg kurang mampu utk g tuisyen berbayar so, KIKA manfaatkanlah peluang utk tuisyen percuma ni....dia ada 4subjek je...BM,BI,SEJ,MT....tp mmg sgt membantu....dan kriteria pemilihan anugerah ni adalah peningkatan prestasi pelajar PTRS utk 4subjek tu masa PMR, final exam F4, exam2 PTRS & result SPM + sahsiah diri.....alhamdulillah....syukur sgt KIKA dpt anugerah ni.... =D

Monday, April 11, 2011

ONE NIGHT: Life & Love

Life is life,
Love is love;
But without love,
Life wouldn't be complete.

However,
Not everyone appreciate love;
But some of us,
Sacrifice life for love.

But who gonna live,
With love or without love;
There's must be a way to go through,
Only determine by their own.

Love is not just being needed,
But love is sign for our happiness;
Life is not just everyday,
But life is everythings.

Always lead our life to the right path!
Give the best meaning to the word LOVE!

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D

Saturday, April 9, 2011

SEMANGAT BARU!!!

Huuuhhh....
alhamdulillah
setelah sekian lama menyepi diri, akhirnya dapat juga berkarya lagi....
pelbagai perkara yang berlaku belakangan ini membuatkan hati KIKA gundah gulana....
dan akhirnya, terluah dalam sajak ini....
ada beberapa idea utk tema sajak yang lain, namun, imaginasi dan kejiwaan tak dapat KIKA selami sepenuhnya


insyaAllah
hari-hari KIKA yang bakal dilalui selepas ini akan senantiasa diperbaharui dengan semangat baru...
harapan KIKA agar ada insan yang sudi memberikan sokongan yang berterusan sebagai bimbingan buat KIKA menjalani kehidupan yang dikurniakan oleh Allah ini, sebaik-baiknya.....

I'll fight till the end!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

KISAH TEMAN, PERINGATAN BUAT DIRI: IMPIAN DAN CITA-CITA


Setiap insan
Pasti mempunyai
Satu matlamat
Yang  ingin dicapai

Detik demi detik berlalu
Memaparkan pelbagai drama
Kerdil diri mengucapkan syukur,
Lonjakan gembira dalam kalbu nan suci,
Tidak kurang juga menangisi ketentuan takdirNya…
Yang tiada tandingan

Namun,
Sejauh manakah kepuasan di sebalik sebuah kejayaan?
Ada yang tersenyum puas akan usaha dan tawakal
Ada yang sekadar tersenyum akan tuah yang telah tersurat
Tidak kurang juga yang memanipulasi demi sebuah kejayaan…

Ayuh taulan,
Marilah kita bersama-sama
Cetuskan buah fikiran
Akan erti impian, cita-cita dan kejayaan
Selami jua erti angan dan kegagalan
Pilihlah yang terbaik buatmu dan insan yang tersayang
Wahai teman
Ingin sekali aku mendengar
Kisah kejayaanmu
Yang tulus

Wahai teman
Berusahalah selagi ada masa dan upaya
Janganlah kita menangisi takdirNya dengan penuh penyesalan
Marilah kita bangkit bersama-sama!!!!!!!!!!!

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D