Friday, March 18, 2011

PUJANGGA DALAM MENGHADAPI DUGAAN...


Bersabarlah....
Katakan pada diri  bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat  syurga....

Wednesday, March 16, 2011

BICARA BISU

Hati ini acap kali berbicara
Sentiasa mengundang sendu
Mengenang kisah kita
Yang tidak dapat ditafsir
Hati kecilku tertanya-tanya
Siapakah diriku di matamu?
Tiadakah sekelumit pun rasa kasih…
buat insan kerdil ini?
Berkali-kali lubuk hatiku berhantu
Persoalan demi persoalan tercerna
Tanpa jawapan……..
Kekadang aku menahan diri
Kekadang aku biarkan ianya berlalu sepi
Kekadang aku diam tak mengerti
Namun
Sejauh mana bisaku lari?
Mungkin aku terlalu mengharapkan kenyataan yang tak pasti
Tapi aku pasti akan ketentuan Illahi
Kisah kita pasti kan ada penghujungnya
Tika itu,
Penjelasan antara kita mungkin lebih dari cukup…
untuk difahami….
Saat ini,
Aku hanya mampu berbicara dalam hati
Mencetus bicara bisu yang tak dierti

14 Mac 2011-8.20pm

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D

Tuesday, March 1, 2011

MOH LE STORY-MORY…


Dah lama KIKA tak berstory kan… Kadang-kadang, tugas menglipur lara ni memang sesuai dengan KIKA…. Cuma tak boleh lama-lama… Nanti mulalah mengarut tak tentu pasal…kui3….
Ok! Story KIKA kali ni berkisar tentang KeNANgAN lagi dan lagi…. Idea ni tercetus bila KIKA tercari-cari peluang utk memasuki alam baru… Alam baru?? Adakah KIKA akan bertukar dari mamalia kepada amfibia?? Haha XD…. Semestinya tidak…  Alam itu khas utk ALAM UNIVERSITI !!!! Of courselah…. Tu je cara yang sesuai utk KIKA  capai impian utama KIKA untuk jadi seorang jurutera pada zaman teknologi yang serba canggih ini… urm! Berbalik kepada story kali ini, sempat jugaklah KIKA singkap  peristiwa zaman kanak-kanak Ribena dulu…. (Ribena la sangat… Eh, of course! Dulu KIKA memang amalkan minum Ribena yang kena bancuh sendiri tu… Hari ni hari apa? Hari yang ceria! Hehe =p)
Teringat ku teringat… Beberapa waktu sebelum pesta bermula,KIKA giat berlatih…. Oops, ni utk mengisi waktu kelas yer… Nak berlatih sendiri?? Jangan harap ler… Huhu… Pada mulanya,KIKA mcm dah confirm utk sertai acara itu walaupun pasti yang KIKA perlu ponteng sekolah agama… Tapi, waktu kedatangan sekolah agama bg pelajar yang bernama KIKA tidaklah flying colours… Tapi, rasanya antara kedatangan yang hebat antara yang terhebat… (Ceh..!! Tu pun nak bongkak ke?) Ok! Sambung story….
Pada pagi yang sepatutnya indah lagi bermakna tu, terjadilah satu peristiwa yang tidak disangka-sangka. KIKA pelik sebab ayah KIKA takda pagi tu… Sepatutnya ayah hantar KIKA utk beraksi….tapi,……………………. Ayah ada hal la… Yang paling tak tahan tu, KIKA nangis tersengguk-sengguk kat telefon… Aduish dah pukul 8 lebih ni… Kena pergi sekolah agama jugak nih…. Baju sekolah dah la tak gosok lagi… Jenuh jugak la mak yong pujuk KIKA suruh g jgk sekolah…. Dengan langkah malas, g la jugak… KIKA yang sebelum ni dah gebang ngn kawan2 yg KIKA tak akan datang sekolah agama hari tu sebab nak join demonstrasi taekwondo sempena hari sukan sekolah kebangsaan, tiba2 hadir jugak…. Lambat pulak tu… Kalau ikutkan, KIKA biasa je pergi sekolah agama lambat sebab pergi jalan kaki je…. Jadi, selalu ler lengah2kan masa…. Tapi hari tu memang rekod paling lambat…. Hehe
Tapi yang KIKA tertanya-tanya tu, apakah perasaan ayah KIKA apabila KIKA kecewa macam tu?? Agak-agaknya apa perasaan ayah ek??  Sedih, kecewa atau rasa bersalah sebab tak dapat bawa KIKA join aktiviti yang KIKA suka… Masa tu KIKA tak fikir pun sebab KIKA baru darjah berapa masa tu… Lagipun, selain daripada peristiwa ni, KIKA berpeluang la jugak join demonstrasi taekwondo sempena hari sukan sekolah kebangsaan ni… Jadi, taklah gian…. Apa-apa pun biarlah ianya jadi persoalan kerana KIKA pasti bahawa jauh di sudut hati ayah, naluri untuk membahagiakan keluarganya tidak pernah padam bahkan naluri itu bertambah kuat di sanubarinya berdasarkan usaha-usaha yang telah ayah lakukan selama ini…

*Cerita ni tentang kecewa yang KIKA hadapi lebih kurang sama dengan peristiwa yang berlaku hujung minggu yang lepas…. Apa peristiwanya?? RAHSIA!!! Tak sanggup nak citer…. Sorry….

27 Rabiulawal 1432H