Monday, November 29, 2010

KAJIAN TARIKH LAHIR OLEH DATO FADZILAH KAMSAH

22 OKTOBER 1993
Anda mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain, sangat penyayang dan pemurah. Dgn daya tarikan yang ada, Anda tidak mempunyai masalah untuk berkawan dgn sesiapa jua dan tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada Anda. Anda mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling Anda untuk memahami Anda. Anda umpama binatang sumpah² yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Anda mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
OKTOBER
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

MASAK OH MASAK

Antara hobi KIKA adalah memasak. Namun, jika 10kali masak benda yang sama, contohnya nasi goreng, rasanya tak pernah sama. Ada je yang kurang. Kadang-kadang tawar, kadang-kadang terlebih pedas kadang-kadang pahit dan macam-macam lagi walaupun guna bahan yang sama. Air tangan tak cukup manis la kot. Huh… Bagi seorang perempuan, memasak ni kan penting. Jadi, kena usaha lebih ni. Hihi :) CHAIYOK, CHAIYOK!!!

JAWAPAN

KALAU KITA TIDAK MENGHARGAI NASIB YANG BAIK, NASIB MALANG AKAN MENIMPA DIRI KITA.
KITA JUGA TIDAK AKAN DAPAT MEMAHAMI ERTI KEGEMBIRAAN SEBENAR.
Kata-kata ni KIKA petik daripada sebuah komik. Lepas KIKA masukkan entri KIKA yang sebelum ni, KIKA macam dah tiada mood nak masukkan entri baru. Tapi bila KIKA terbaca ayat kat atas tu, KIKA terus sedar yang kita bukan hanya perlu bersyukur dengan apa-apa yang kita ada atau  perkara yang telah kita lalui, tapi kita perlu mengahargai dan merasai kenikmatan sebenar perkara-perkara indah itu. Mungkin bila kita dah berjaya buat semua tu, kita akan sentiasa mengahadapi realiti kehidupan yang sebenar-benarnya. Betapa KIKA ingin mendidik diri KIKA untuk  menerima kenyataan dan  menghadapi dugaan dengan tabah dan bijaksana… sebenarnya hidup ni memang terlalu manis untuk dikenang… =D

Cuma KIKA harap lepas ni akan sentiasa ada someone or something yang boleh ingatkan KIKA untuk sentiasa positif. Ala-ala macam tajuk lagu favourite KIKA sekarang daripada penyanyi Ana Raffali:
TOLONG INGATKAN AKU!
Sekian.
-20 November 2010-

Thursday, November 11, 2010

KEBAHAGIAAN & KEGEMBIRAAN???

apakah kebahagiaan dan kegembiraan sebenar yang KIKA cari-cari selama ini???
lately ni KIKA asyik rasa lonely and very sad...
KIKA rasa macam dah lama sangat tak rasa gembira....
apa yang KIKA nak sebenarnya???
kadang-kadang KIKA ni macam orang tak bersyukur....
tapi memang tu la yang menghantui KIKA sekarang ni...
???????????????

Wednesday, November 3, 2010

KASIH AYAH JUGA...

Semalam KIKA cerita mengenai kasih seorang ibu. Hari ini KIKA mahu cerita pasal kasih ayah pula. Subjek KIKA sudah semestinya ayah KIKA tersayang. Ayah KIKA seorang yang tegas namun sporting. KIKA bangga dengan ayah. Dia tidak pernah mengongkong kami adik-beradik tetapi kami dapat rasa kerisauan yang bertamu di hatinya apabila dia bertanya dari A hingga Z sekiranya kami hendak keluar atau ada aktiviti luar waktu sekolah. Jadi, secara tidak langsung kami berusaha untuk mengawal diri agar dapat menjaga kepercayaannya. Ayah KIKA juga boleh kata mempunyai dua karakter berbeza. Kalau pulang ke kampung, semua tidak kering gusi dengan jenaka ayah. Jika di rumah, ayah tidak selalu begitu kerana lebih banyak perkara serius yang selalu ayah bincangkan. Walau bagaimanapun, ayah tidak pernah memaksa kami melakukan sesuatu. Asal  kami melakukan tugas masing-masing dan tidak terlalu leka, itu cukup baik.  Bab sekolah dan pelajaran pula, ayah memang utamakan.
Pernah masa darjah 4, 22 Oktober 2003… Hehe...KIKA ingat lagi tarikh ini. Masa tu 2 hari lagi nak cuti akhir tahun. KIKA ponteng sekolah agama. Memang la tidak dapat kebenaran ayah kan. Tapi bila ayah KIKA tahu, Huh… Bengkak telinga KIKA. Tiba-tiba ayah KIKA tukar profisien jadi polis pencen. Hehe...Sekali tu je la. Lepas tu tak buat dah. Sekarang ni, KIKA jadi penasihat profesional kepada adik-adik dan junior-junior KIKA supaya tidak ponteng sekolah.
Ayah selalu cakap: Biar tidak pandai tak apa, tapi jangan ponteng sekolah. Yalah, kalau dah tidak pandai tapi tidak pergi ke sekolah, apa nak jadi?
Paling kurang kalau sekolah dapatlah juga ilmu dan insya-ALLAH terbuka sedikit peluang untuk memajukan diri kan… Betul, betul, betul…
Karakter KIKA juga banyak dipengaruhi oleh ayah KIKA. Masa  mula-mula sertai aktiviti kokurikulum, KIKA meminta pandangan ayah untuk memilih unit beruniform yang patut KIKA sertai. Ayah suruh KIKA pilih Pandu Puteri sebab sesuai dengan perempuan. Jadi, dari situ KIKA tahu yang ayah nak KIKA ni ada ciri-ciri perempuan. Then, masa darjah 5, ayah macam tidak puas hati bila KIKA pergi koku tidak pakai tudung. Jadi, ayah KIKA bukan nak KIKA jadi perempuan je, tapi perempuan muslimah ya. Kemudian, ayah KIKA juga sungguh meminati archery, hunting and action movies. KIKA pun dah terikut-ikut. Suka sangat tau pergi kem dan peminat setia action movies. Archery KIKA macam minat juga tapi no time and high cost. KIKA juga selalu rasa nak tabik spring kat ayah sebab banyak pengetahuan. Bangkitkanlah apa-apa isu sekali pun, ada sahaja info yang ayah bagi. Selain tu, ayah juga menghormati orang lain. Urm… berkait rapatlah dengan merendah diri sebab ayah ni jenis memerhati dan mengutip pengalaman daripada orang yang lebih arif daripadanya. Sebelum ayah bekerja tetap dengan kerajaan, ayah dah cuba macam-macam kerja untuk mencari keserasian. Itulah kelebihan ayah. Oh, satu lagi ayah memang ada ramai kawan. Bayangkan, dia masih berhubung dengan kawan-kawan sekolah. Asal ada peluang, memang ayah cuba jejak kawan-kawan lama dia. 
Pada KIKA, ayahlah yang terbaik buat KIKA. Ayah sentiasa berusaha keras untuk memastikan keperluan kami cukup. KIKA bangga dengan ayah KIKA. Insya-ALLAH, suatu hari nanti KIKA akan berusaha untuk mengurangkan bebannya. Sekian…

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA

1 November 2010 - 10.20malam
KIKA ternampak jiran KIKA yang baru balik. Mungkin keluar membeli barang sebab dia jinjing beg plastik kat tangan kiri dan kanan. KIKA rasa pelik kerana jalannya sungguh perlahan walhal, jiran KIKA yang ni memang cergas. Kadang-kadang dia berlari menaiki tangga. Bila KIKA tengok betul-betul, baru KIKA perasan yang anak perempuan dia tengah galas beg sambil naik tangga. Bila dah nak sampai tingkat dua, jiran KIKA ni tinggalkan dulu anak dia dan letak barang kat rumah. Anak dia terus menangis sambil langkahnya cuba menaiki tangga. Selepas selangkah, dia jatuh dan terus menjerit. Lepas tu dia cuba bangun dan berusaha menggalas beg dia semula. Jiran KIKA tu sampai dan mengangkat anak dia. Segera anak itu ditenangkan. Jiran KIKA minta maaf dan cakap yang barang tu berat dengan harapan anak dia tu faham.
KIKA terdetik apabila anak dia menangis, jatuh dan menjerit. Betapa seorang anak sangat memerlukan bimbingan ibu bapanya. Kalau sebelum ni dia boleh menaiki tangga itu tanpa jatuh, tapi bila emak dia tinggalkan, dia terus berasa takut dan tidak yakin. Lalu, terus jatuh.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemudian, KIKA teringat pula bebelan ummi KIKA. Ada sahajalah komen ummi apabila KIKA menjaga adik yang baru berusia setahun lebih. Memang KIKA akui banyak benda yang ummi selalu buat tapi KIKA tidak boleh buat. Contohnya, tidurkan adik ikut waktu atau suap adik makan semangkuk bubur sampai habis. KIKA tidak sanggup nak paksa-paksa adik tapi ummi selalu ada cara untuk buat semua tu. KIKA selalu diam tidak berkutik sedikit pun apabila ummi menyuarakan pendapatnya kerana KIKA fikir tiada alasan yang boleh KIKA utarakan. Tapi KIKA selalu muhasabah diri dan akhirnya KIKA terfikir bahawa KIKA tidak boleh melaksanakan tugas menjaga adik dengan baik kerana KIKA bukanlah seorang ibu.
Oh ya, mungkin ada yang tertanya-tanya… Yelah, entri sebelum ini KIKA ceritakan sedikit pasal arwah ibu, tapi yang ini KIKA ceritakan pasal ummi pulak. Sebenarnya memang ibu meninggal masa KIKA berumur 6 tahun, tapi ayah KIKA kahwin dengan ummi masa KIKA 10 tahun. Dan KIKA rasa bertuah ada ibu dan ummi. Ada seorang cikgu sekolah rendah KIKA pulak, Teacher English masa darjah 6, ambil KIKA jadi anak angkat dia because KIKA still keep in touch dengan dia sampai sekarang. Seorang lagi wanita yang telah KIKA anggap seperti emak KIKA ialah mak saudara KIKA yang KIKA panggil mak atau makyong. KIKA dan adik-adik rapat sangat dengan dia. Rumah dia memang rumah kedua bagi kami. Apatah lagi KIKA & adik-adik pernah tinggal dengan dia selama 4 tahun selepas arwah ibu kami meninggal dunia. Itulah takdir Illahi, KIKA kehilangan ibu kandung KIKA pada usia terlalu muda tetapi KIKA diberi peluang pula untuk berusaha menyenangkan hati ummi, makyong dan ibu angkat KIKA yang juga KIKA panggil ibu.
Satu lagi yang KIKA nak share. Arwah ibu ada tulis satu diari pasal KIKA dari mula ibu tahu yang ibu mengandungkan KIKA sampailah KIKA dapat 2 orang adik lelaki. Intro kat diari tu ada hasrat ibu: Ibu nak bagi diari tu kat KIKA bila KIKA dah berusia 21 tahun. Mungkin masa hari lahir KIKA yang ke-21 dengan harapan KIKA sudah cukup mengerti kehidupan pada masa itu. Atau dalam kata lain, cukup matang la. Tapi, ayah dah bagi diari tu kat KIKA pertengahan tahun 2010 ini supaya dapat tingkatkan semangat KIKA untuk hadapi SPM. Memang tiada rezeki ibu untuk memberikan sendiri diari itu kepada KIKA. Namun, kewujudan diari itu memberi bimbingan dan 1001 makna kepada KIKA. Sampai hari ini, KIKA pasti menangis setiap kali menatap diari itu. Kata-kata dalam diari tu benar-benar menyentuh hati KIKA. KIKA akan baca diari tu apabila KIKA rasa nak luahkan perasaan sebab KIKA boleh menangis puas-puas. KIKA ni kalau menghadapi sesuatu dilema atau masalah, memang banyak benda yang KIKA fikir. Silap-silap boleh rewind semua peristiwa penting dalam hidup KIKA untuk mencari kekuatan. Satu lagi, bila KIKA rasa lonely. At least bila KIKA baca diari tu, KIKA akan ingat bahawa pernah ada seorang insan yang menyayangi KIKA sepenuh hati. Walau tak banyak kenangan tapi ada juga cebisan peristiwa yang masih KIKA ingat. KIKA memang tidak begitu ingat akan zaman kanak-kanak KIKA memandangkan KIKA menghadapi pelbagai perubahan besar dalam hidup KIKA.
KIKA yakin, walau 20 tahun lagi, KIKA akan tetap menangis bila baca diari tu. KIKA tetap rasa bersalah bila ummi atau ayah tegur kesalahan KIKA. KIKA tahu bahawa kasih ibu akan berkekalan hingga ke syurga. Wajib bagi seorang anak menjaga dan menyenangkan hati ibu bapa. Jadi KIKA harap supaya akan datang, KIKA akan lebih terbuka untuk mengucapkan terima kasih, memohon maaf dan menyatakan rasa kasih dan sayang KIKA kepada ummi dan ayah. I love you ayah. I love you ummi. Minta maaf atas segala kesalahan kakak selama kita hidup bersama di muka bumi ini. Terima kasih atas segala pengorbanan kalian yang tidak dapat kakak balas. Semoga kita dapat segera berkumpul di syurga nanti. Ayah, ummi, ibu dan adik-adik.
P/S Ratu KIKA: Terima kasih KIKA ucapkan kepada insan-insan yang sudi membaca entri KIKA yang agak panjang lebar kali ini. Wassalam.