Tuesday, December 21, 2010

DUKA RIA SELEPAS SPM (Episod: di Kampung Batu 12, Tg Karang)

Mak ai…sakit pinggang KIKA ni…hari ni barulah secara rasmi tugas-tugas persiapan kenduri kahwin…best2 lah…makan je keje…tapi penat pun penat juga…

Hari ni dapat novel…huhu...best giler………last kali bce novel b4 trial ritu…jenuh juga menahan dari membaca novel tadi sebab nak tolong buat keje…hehe…

Tapi lupalah nak puasa sunat 9muharam ari ni…
Hari tu mse KIKA ada paper SPM, ingat nak puasa tapi tak sempat nak sahur…mse exam hari tu, mmg tak bermaya kalau tak makan…mungkin sebab minda bekerja mse tu penuh berhati-hati dan perasaan KIKA tak terkawal mase tu…mahunya tak…dgn nervousnyer…fikir mcm2 kemungkinan semua…mcm2 lglah…tak tercerita KIKA…

Tapi semua tu dah berlalu…sekarang ni cuma rindu yg menggunung kat sekolah, cikgu2, kwn2 & lain2…
Oh ya, tadi my luv cikgu yati call…mmg rezekilah…kebetulan KIKA ambil barang kat beg..sempatlah angkat call….dia nak ajak KIKA g skul esok utk join mesy. pengawas…tapi KIKA kat kg la pulak kan… Seriously, sekarang ni KIKA rasa rindu sgt saat2 kat skul dulu…mcm lama sgt dh berlalu semua tu…walhal, baru seminggu KIKA tak g sekolah…rindu ni rasa berat…sebelum ni pernah je cuti sekolah 2-3 minggu…tapi kali ni lain sbb KIKA tahu KIKA takkan kembali lagi di sekolah tu sbg pelajar…mmg ada form6 kat situ…tapi aKIKA tak berhasrat nak sambung form6…KIKA nak sambung matrik…aku tak nak fikirkan andai KIKA tak dapat tawaran ke matrik, mana KIKA nak pergi sbb KIKA berharap sgt utk masuk matrik…

Hurm…mungkin sampai sini dulu buat kali ni…KIKA dah mula sebak sbb ingt kat kwn2 KIKA…KIKA tak tau la diorang masih anggap KIKA sebagai kwn baik diorang ke tak coz lately ni KIKA lonely giler…KIKA rasa mcm takda siapa2…tapi KIKA tak pernah salahkan diorang sbb KIKA tahu yang KIKA banyak wat salah kat diorang…mungkin juga diorang mmg btl2 fokus nk SPM…KIKA pun tak berhak nak mempertikaikan cara diorang layan KIKA…mungkin KIKA yang terlebih sensitif…dan yang pasti itu yang terbaik buat KIKA…KIKA terima sebaik mungkin…luv u all… =D

Sekian.

9 Muharam 1432H

DUKA RIA SELEPAS SPM (Episod: Hohoho Balik Kampung)

Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Hah mesti boleh teruskan lagu ni kan… Perasaan KIKA lebih kurang mcam lirik lagu tulah… Hari ni, KIKA balik kampung arwah ibu kat Tanjung Karang, Selangor. Boleh tahanlah perjalanan hari ni sebab semalam punya penat tak hilang lagi. Masa sampai, memang tak ramai saudara lagilah sebab kenduri kahwinnye lagi seminggu kan. Apa-apa pun, cubalah ringan2kan tulang dan bermesra-mesraan dengan saudara kat sini kan. Ok sampai sini dulu untuk episod kali ni. Jumpa pada episod akan datang yer…

Sekian. Terima kasih.

6 Muharam 1432H

DUKA RIA SELEPAS SPM (Edisi Perjumpaan Keluarga Haji Taib)

Hari nilah perjumpaan keluarga tu… Memang best bila dapat kenal saudara-mara… Tapi jadi tuan rumah untuk buat perjumpaan ni, memang dahsyatlah kan… Dah habis majlis pun, tak habis fikir lagi… hehe =p

Takpelah…dah lepas dah pun…penat ni kejap je kan…yang penting dapat mengeratkan silaturahim…bukan senang nak bermasyarakat…tapi nilah tuntutan Islam…selain mengeratkan hubungan dengan ALLAH, kita kena jaga hubungan sesama manusia…itulah indahnya Islam…ada keseimbangannya…hablu minallah, hablu minan nas…

5 Muharam 1432H

SANDARAN HATI - LETTO

Yakinkah kuberdiri
Dihampa tanpa sepi
Bolehkah aku
MendengarMu

Terperukku di sini
Teraniaya sepi
Dan kutahu pasti
Kau menemaniku

Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat kuteringat
Pada janjiMu kuterikat
Hanya sekejap kuberdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli kupeduli
Siang dan malam berganti
Sedihku tiada erti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mahu
Benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau  yang kutuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya
Malam hariku

*Lagu ni benar-benar menyentuh perasaan dan memberi makna yang mendalam buat KIKA.

4 Muharam 1432H

DUKA RIA SELEPAS SPM (Edisi Rancangan)

Sampai hujung tahun 2010 ni, fokus KIKA ialah berkhidmat kepada keluarga.
11 Disember ada Perjumpaan besar-besaran seluruh ahli keluarga Haji Taib (moyang KIKA).
19 Disember ada majlis perkahwinan abang sepupu KIKA sebelah arwah ibu.
26 Disember ada majlis perkahwinan abang sepupu KIKA sebelah ayah.
Then, seminggu penghujung tahun tu, KIKA kena ambil tugas khas untuk persiapan adik2 ke sekolah.
Semua tu memerlukan KIKA untuk memberi sumbangan tenaga.

Insya-Allah, buka sekolah tahun depan, KIKA akan bekerja.

Kemudian KIKA berfikir nak ambil lesen, grading taekwondo dan menulis cerpen atau novel. Kalau ada rezeki, sebelum KIKA dapat tawaran ke matrikulasi, KIKA dapat menjayakan impian2 KIKA ni.
KIKA tahu KIKA hanya mampu merancang, berusaha untuk melaksanakannya dan bertawakal kepada Allah. Moga-moga urusan KIKA dipermudahkan dan diredhai hendakNya. Insya-Allah.

Lately ni jiwa kacau…
KIKA terlalu memikirkan kebolehan diri KIKA…
Ya ALLAH, KIKA nak sangat jadi insan yang berguna buat diri, keluarga, agama dan negara.
Tidak lupa juga kepada guru-guru dan rakan-rakan KIKA.
KIKA tahu KIKA hanya insan kerdil yang punya kekurangan.
Hanya kepadaMu KIKA memohon petunjuk Ya ALLAH.
Kau bimbinglah KIKA Ya ALLAH…

Sekian.

3 MUHARAM 1432H

FUH! Lega...

Alhamdullillah… Selesai sudah peperiksaan SPM! Macam-macam rasa yang bertamu di hati apabila bercerita mengenainya. Namun, secara rasminya, perjuangan KIKA di sekolah sudah tiba ke penghujungnya.
KIKA bersyukur kerana selama KIKA hidup di dunia ini, KIKA berpeluang untuk bersekolah dan menimba banyak ilmu.

Kini, KIKA juga mempunyai banyak kenangan pada zaman persekolahan :

Guru-guru yang sungguh penyayang, penyabar dan berdedikasi sungguh banyak mengajar KIKA erti hidup yang bermakna dengan ketinggian ilmu. Terima kasih cikgu!

Rakan-rakan yang pelbagai ragam membuatkan KIKA banyak belajar tentang persahabatan, kejujuran dan kesabaran dalam menghadapi insan lain. Ada juga yang benar-benar mengetuk pintu hati KIKA dengan bicara keinsafan dan kata-kata semangat yang membina. Terima kasih KIKA ucapkan kepada kalian!

Tidak lupa juga kepada junior-junior di sekolah yang sering bertegur sapa dengan senyuman manis dan gurauan manja walaupun KIKA kadang kala bersikap negatif terhadap mereka. Terima kasih ya kerana memberi KIKA sinar kegembiraan!

Terlalu banyak untuk diperkata tentang kenangan dan pengalaman pada zaman persekolahan yang akan selalu dalam ingatan. Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua itu. Maaf atas segala kekurangan diri KIKA yang mencalarkan hati atau membebankan. KIKA berharap agar dapat terus berbakti kepada kalian walaupun masa berlalu jauh dari zaman persekolahan ini.
Luv u all so much!!!

Buatmu sekolah tercinta, ingin KIKA coretkan sedikit rasa hati setelah sekian lama KIKA mengunjungimu. Sejak KIKA mula mengenalimu, hidup KIKA disinari pelbagai pengalaman, kisah dan peristiwa. Namun, selama mana dapat KIKA harungi duka dan ria bersamamu? KIKA yang bernama insan hanya mampu mengenang kenangan lalu yang pasti tidak boleh diputar kembali. Andai dapat KIKA putarkan kembali putaran dunia, pasti akan KIKA sedaya upaya menceriakanmu dengan mencoret pengalaman baru. Walau bagaimanapun, hijrah KIKA ke alam dewasa pasti akan KIKA iringi dengan setia bakti KIKA buatmu. Nantikanlah pertemuan kita yang bakal tiba…

2 Muharam 1432H

Monday, December 6, 2010

Perjalanan Takdir yang Menakjubkan


"Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelum itu dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?"

Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suami barunya itu, tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu.

Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?"

Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. saya sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini menjadi suamimu ini? Saya ialah pengemis yang dulu diusirnya...!"

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haknya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA. Wallahualam.

1 Muharam 1432H

KISAH BLOG INI

Nama blog n why nama tu dipilih??
- CERitera Sang Ratu
- sebab KIKA nakkan nama yg menarik & unik...

Nama URL & mana datangnya idea tu??
-http://ceriterakika.blogspot.com
-bila org lain sibuk blogging, KIKA pun berimaginasilah macam-macam nama...hinggalah tercetus idea ni...mula-mula nak guna ceritera je...tp dah ada org guna...jadi KIKA tambah la KIKA belakang dia: initial dari setiap perkataan dalam nama penuh KIKA, Khairina Izzah Khoirul Anuar

Method penulisan blog nie??
-kisah hidup KIKA dari dulu sampai akan datang, rutin harian, luahan hati, renungan, dan karya-karya sajak KIKA...

Perasaan bila tgk blog orang lain lawa dan menarik, tp tgk blog sendiri x lawa pun...
- mesti la ade rase jeles ckit...nak gak tau cam ne diorg buat blog kasi lawa...tp dlm masa yg sama KIKA fikir, setiap org ada cara dan kelebihan masing-masing...jadi KIKA perlu sabar untuk menjadi lebih kreatif... =D

Bila wujudnya blog nie??
-August 2010

Siapa orang first jadi follower??
- ATIQAH NASHARA ke NUR AMALINA...2 orang ni antara yg awal la...

1 Muharam 1432H

Monday, November 29, 2010

KAJIAN TARIKH LAHIR OLEH DATO FADZILAH KAMSAH

22 OKTOBER 1993
Anda mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain, sangat penyayang dan pemurah. Dgn daya tarikan yang ada, Anda tidak mempunyai masalah untuk berkawan dgn sesiapa jua dan tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada Anda. Anda mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling Anda untuk memahami Anda. Anda umpama binatang sumpah² yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Anda mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
OKTOBER
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

MASAK OH MASAK

Antara hobi KIKA adalah memasak. Namun, jika 10kali masak benda yang sama, contohnya nasi goreng, rasanya tak pernah sama. Ada je yang kurang. Kadang-kadang tawar, kadang-kadang terlebih pedas kadang-kadang pahit dan macam-macam lagi walaupun guna bahan yang sama. Air tangan tak cukup manis la kot. Huh… Bagi seorang perempuan, memasak ni kan penting. Jadi, kena usaha lebih ni. Hihi :) CHAIYOK, CHAIYOK!!!

JAWAPAN

KALAU KITA TIDAK MENGHARGAI NASIB YANG BAIK, NASIB MALANG AKAN MENIMPA DIRI KITA.
KITA JUGA TIDAK AKAN DAPAT MEMAHAMI ERTI KEGEMBIRAAN SEBENAR.
Kata-kata ni KIKA petik daripada sebuah komik. Lepas KIKA masukkan entri KIKA yang sebelum ni, KIKA macam dah tiada mood nak masukkan entri baru. Tapi bila KIKA terbaca ayat kat atas tu, KIKA terus sedar yang kita bukan hanya perlu bersyukur dengan apa-apa yang kita ada atau  perkara yang telah kita lalui, tapi kita perlu mengahargai dan merasai kenikmatan sebenar perkara-perkara indah itu. Mungkin bila kita dah berjaya buat semua tu, kita akan sentiasa mengahadapi realiti kehidupan yang sebenar-benarnya. Betapa KIKA ingin mendidik diri KIKA untuk  menerima kenyataan dan  menghadapi dugaan dengan tabah dan bijaksana… sebenarnya hidup ni memang terlalu manis untuk dikenang… =D

Cuma KIKA harap lepas ni akan sentiasa ada someone or something yang boleh ingatkan KIKA untuk sentiasa positif. Ala-ala macam tajuk lagu favourite KIKA sekarang daripada penyanyi Ana Raffali:
TOLONG INGATKAN AKU!
Sekian.
-20 November 2010-

Thursday, November 11, 2010

KEBAHAGIAAN & KEGEMBIRAAN???

apakah kebahagiaan dan kegembiraan sebenar yang KIKA cari-cari selama ini???
lately ni KIKA asyik rasa lonely and very sad...
KIKA rasa macam dah lama sangat tak rasa gembira....
apa yang KIKA nak sebenarnya???
kadang-kadang KIKA ni macam orang tak bersyukur....
tapi memang tu la yang menghantui KIKA sekarang ni...
???????????????

Wednesday, November 3, 2010

KASIH AYAH JUGA...

Semalam KIKA cerita mengenai kasih seorang ibu. Hari ini KIKA mahu cerita pasal kasih ayah pula. Subjek KIKA sudah semestinya ayah KIKA tersayang. Ayah KIKA seorang yang tegas namun sporting. KIKA bangga dengan ayah. Dia tidak pernah mengongkong kami adik-beradik tetapi kami dapat rasa kerisauan yang bertamu di hatinya apabila dia bertanya dari A hingga Z sekiranya kami hendak keluar atau ada aktiviti luar waktu sekolah. Jadi, secara tidak langsung kami berusaha untuk mengawal diri agar dapat menjaga kepercayaannya. Ayah KIKA juga boleh kata mempunyai dua karakter berbeza. Kalau pulang ke kampung, semua tidak kering gusi dengan jenaka ayah. Jika di rumah, ayah tidak selalu begitu kerana lebih banyak perkara serius yang selalu ayah bincangkan. Walau bagaimanapun, ayah tidak pernah memaksa kami melakukan sesuatu. Asal  kami melakukan tugas masing-masing dan tidak terlalu leka, itu cukup baik.  Bab sekolah dan pelajaran pula, ayah memang utamakan.
Pernah masa darjah 4, 22 Oktober 2003… Hehe...KIKA ingat lagi tarikh ini. Masa tu 2 hari lagi nak cuti akhir tahun. KIKA ponteng sekolah agama. Memang la tidak dapat kebenaran ayah kan. Tapi bila ayah KIKA tahu, Huh… Bengkak telinga KIKA. Tiba-tiba ayah KIKA tukar profisien jadi polis pencen. Hehe...Sekali tu je la. Lepas tu tak buat dah. Sekarang ni, KIKA jadi penasihat profesional kepada adik-adik dan junior-junior KIKA supaya tidak ponteng sekolah.
Ayah selalu cakap: Biar tidak pandai tak apa, tapi jangan ponteng sekolah. Yalah, kalau dah tidak pandai tapi tidak pergi ke sekolah, apa nak jadi?
Paling kurang kalau sekolah dapatlah juga ilmu dan insya-ALLAH terbuka sedikit peluang untuk memajukan diri kan… Betul, betul, betul…
Karakter KIKA juga banyak dipengaruhi oleh ayah KIKA. Masa  mula-mula sertai aktiviti kokurikulum, KIKA meminta pandangan ayah untuk memilih unit beruniform yang patut KIKA sertai. Ayah suruh KIKA pilih Pandu Puteri sebab sesuai dengan perempuan. Jadi, dari situ KIKA tahu yang ayah nak KIKA ni ada ciri-ciri perempuan. Then, masa darjah 5, ayah macam tidak puas hati bila KIKA pergi koku tidak pakai tudung. Jadi, ayah KIKA bukan nak KIKA jadi perempuan je, tapi perempuan muslimah ya. Kemudian, ayah KIKA juga sungguh meminati archery, hunting and action movies. KIKA pun dah terikut-ikut. Suka sangat tau pergi kem dan peminat setia action movies. Archery KIKA macam minat juga tapi no time and high cost. KIKA juga selalu rasa nak tabik spring kat ayah sebab banyak pengetahuan. Bangkitkanlah apa-apa isu sekali pun, ada sahaja info yang ayah bagi. Selain tu, ayah juga menghormati orang lain. Urm… berkait rapatlah dengan merendah diri sebab ayah ni jenis memerhati dan mengutip pengalaman daripada orang yang lebih arif daripadanya. Sebelum ayah bekerja tetap dengan kerajaan, ayah dah cuba macam-macam kerja untuk mencari keserasian. Itulah kelebihan ayah. Oh, satu lagi ayah memang ada ramai kawan. Bayangkan, dia masih berhubung dengan kawan-kawan sekolah. Asal ada peluang, memang ayah cuba jejak kawan-kawan lama dia. 
Pada KIKA, ayahlah yang terbaik buat KIKA. Ayah sentiasa berusaha keras untuk memastikan keperluan kami cukup. KIKA bangga dengan ayah KIKA. Insya-ALLAH, suatu hari nanti KIKA akan berusaha untuk mengurangkan bebannya. Sekian…

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA

1 November 2010 - 10.20malam
KIKA ternampak jiran KIKA yang baru balik. Mungkin keluar membeli barang sebab dia jinjing beg plastik kat tangan kiri dan kanan. KIKA rasa pelik kerana jalannya sungguh perlahan walhal, jiran KIKA yang ni memang cergas. Kadang-kadang dia berlari menaiki tangga. Bila KIKA tengok betul-betul, baru KIKA perasan yang anak perempuan dia tengah galas beg sambil naik tangga. Bila dah nak sampai tingkat dua, jiran KIKA ni tinggalkan dulu anak dia dan letak barang kat rumah. Anak dia terus menangis sambil langkahnya cuba menaiki tangga. Selepas selangkah, dia jatuh dan terus menjerit. Lepas tu dia cuba bangun dan berusaha menggalas beg dia semula. Jiran KIKA tu sampai dan mengangkat anak dia. Segera anak itu ditenangkan. Jiran KIKA minta maaf dan cakap yang barang tu berat dengan harapan anak dia tu faham.
KIKA terdetik apabila anak dia menangis, jatuh dan menjerit. Betapa seorang anak sangat memerlukan bimbingan ibu bapanya. Kalau sebelum ni dia boleh menaiki tangga itu tanpa jatuh, tapi bila emak dia tinggalkan, dia terus berasa takut dan tidak yakin. Lalu, terus jatuh.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemudian, KIKA teringat pula bebelan ummi KIKA. Ada sahajalah komen ummi apabila KIKA menjaga adik yang baru berusia setahun lebih. Memang KIKA akui banyak benda yang ummi selalu buat tapi KIKA tidak boleh buat. Contohnya, tidurkan adik ikut waktu atau suap adik makan semangkuk bubur sampai habis. KIKA tidak sanggup nak paksa-paksa adik tapi ummi selalu ada cara untuk buat semua tu. KIKA selalu diam tidak berkutik sedikit pun apabila ummi menyuarakan pendapatnya kerana KIKA fikir tiada alasan yang boleh KIKA utarakan. Tapi KIKA selalu muhasabah diri dan akhirnya KIKA terfikir bahawa KIKA tidak boleh melaksanakan tugas menjaga adik dengan baik kerana KIKA bukanlah seorang ibu.
Oh ya, mungkin ada yang tertanya-tanya… Yelah, entri sebelum ini KIKA ceritakan sedikit pasal arwah ibu, tapi yang ini KIKA ceritakan pasal ummi pulak. Sebenarnya memang ibu meninggal masa KIKA berumur 6 tahun, tapi ayah KIKA kahwin dengan ummi masa KIKA 10 tahun. Dan KIKA rasa bertuah ada ibu dan ummi. Ada seorang cikgu sekolah rendah KIKA pulak, Teacher English masa darjah 6, ambil KIKA jadi anak angkat dia because KIKA still keep in touch dengan dia sampai sekarang. Seorang lagi wanita yang telah KIKA anggap seperti emak KIKA ialah mak saudara KIKA yang KIKA panggil mak atau makyong. KIKA dan adik-adik rapat sangat dengan dia. Rumah dia memang rumah kedua bagi kami. Apatah lagi KIKA & adik-adik pernah tinggal dengan dia selama 4 tahun selepas arwah ibu kami meninggal dunia. Itulah takdir Illahi, KIKA kehilangan ibu kandung KIKA pada usia terlalu muda tetapi KIKA diberi peluang pula untuk berusaha menyenangkan hati ummi, makyong dan ibu angkat KIKA yang juga KIKA panggil ibu.
Satu lagi yang KIKA nak share. Arwah ibu ada tulis satu diari pasal KIKA dari mula ibu tahu yang ibu mengandungkan KIKA sampailah KIKA dapat 2 orang adik lelaki. Intro kat diari tu ada hasrat ibu: Ibu nak bagi diari tu kat KIKA bila KIKA dah berusia 21 tahun. Mungkin masa hari lahir KIKA yang ke-21 dengan harapan KIKA sudah cukup mengerti kehidupan pada masa itu. Atau dalam kata lain, cukup matang la. Tapi, ayah dah bagi diari tu kat KIKA pertengahan tahun 2010 ini supaya dapat tingkatkan semangat KIKA untuk hadapi SPM. Memang tiada rezeki ibu untuk memberikan sendiri diari itu kepada KIKA. Namun, kewujudan diari itu memberi bimbingan dan 1001 makna kepada KIKA. Sampai hari ini, KIKA pasti menangis setiap kali menatap diari itu. Kata-kata dalam diari tu benar-benar menyentuh hati KIKA. KIKA akan baca diari tu apabila KIKA rasa nak luahkan perasaan sebab KIKA boleh menangis puas-puas. KIKA ni kalau menghadapi sesuatu dilema atau masalah, memang banyak benda yang KIKA fikir. Silap-silap boleh rewind semua peristiwa penting dalam hidup KIKA untuk mencari kekuatan. Satu lagi, bila KIKA rasa lonely. At least bila KIKA baca diari tu, KIKA akan ingat bahawa pernah ada seorang insan yang menyayangi KIKA sepenuh hati. Walau tak banyak kenangan tapi ada juga cebisan peristiwa yang masih KIKA ingat. KIKA memang tidak begitu ingat akan zaman kanak-kanak KIKA memandangkan KIKA menghadapi pelbagai perubahan besar dalam hidup KIKA.
KIKA yakin, walau 20 tahun lagi, KIKA akan tetap menangis bila baca diari tu. KIKA tetap rasa bersalah bila ummi atau ayah tegur kesalahan KIKA. KIKA tahu bahawa kasih ibu akan berkekalan hingga ke syurga. Wajib bagi seorang anak menjaga dan menyenangkan hati ibu bapa. Jadi KIKA harap supaya akan datang, KIKA akan lebih terbuka untuk mengucapkan terima kasih, memohon maaf dan menyatakan rasa kasih dan sayang KIKA kepada ummi dan ayah. I love you ayah. I love you ummi. Minta maaf atas segala kesalahan kakak selama kita hidup bersama di muka bumi ini. Terima kasih atas segala pengorbanan kalian yang tidak dapat kakak balas. Semoga kita dapat segera berkumpul di syurga nanti. Ayah, ummi, ibu dan adik-adik.
P/S Ratu KIKA: Terima kasih KIKA ucapkan kepada insan-insan yang sudi membaca entri KIKA yang agak panjang lebar kali ini. Wassalam.

Saturday, October 30, 2010

Wanita Hari Ini. (mesti baca!)

Hihi… Mesti ada yang ingat rancangan di TV3 tu kan? Pastinya tiada kaitan ya. Hari ini KIKA nak memberi pendapat tentang perempuan, gadis,  wanita atau yang sewaktu dengannya.  Lately ni banyak KIKA dengar atau baca cerpen berkaitan perempuan yang lasak, agak kasar atau agak ganas.Termasuklah KIKA. Hihi… Mungkin ada orang yang tidak suka kami yang berperangai begini. Tapi KIKA bangga sebab KIKA harap sangat KIKA boleh jadi orang yang tabah, kuat dan berani. KIKA nak jiwa KIKA kebal dari segala perasaan yang negatif seiring dengan kekerasan sifat luaran KIKA.
Yang pasti, setiap perempuan yang terlibat dalam isu ini ada sebab tersendiri. Macam KIKA, masa zaman kanak-kanak Ribena dulu, KIKA ni memang perempuan habis. Pakaian memang takyah cerita la. Gaun, kebaya, baju kurung, renda-renda dsb memang sebati dengan hidup KIKA. Kebanyakan baju-baju tu arwah ibu yang jahit. Tapi, lepas ibu KIKA meninggal dunia, KIKA dah kurang dah baju-baju macam tu. Hanyalah kemeja T dan jeans. Hari raya dan kenduri je pakai baju kurung.

Tapi lain pula cerita pasal rambut. Rambut KIKA selalu dipotong oleh arwah ibu dan makcik KIKA. Rambut KIKA sentiasa pendek dari kecil sampai darjah 4. Lepas tu, barulah rambut panjang cam perempuan. Apa-apa pun, KIKA terbawa-bawa  sikap kasar ni sebab KIKA ada 3 orang adik lelaki dan ramai sepupu lelaki. Di sekolah pula, memang selalu kena sakat dengan budak lelaki sebab sikap dulu brutal, tempered dan mulut laser KIKA. Hihi… Oh ya! Satu lagi, KIKA join taekwondo sejak darjah satu lagi. Then, selalu pula pergi kem sana sini. Bertambahlah sebab keganasan ni kan.
Sekarang ni, KIKA masih lagi kasar, suka berdebat dan selalu nak menang. Tapi kira dah banyak bertolak ansur juga. Mungkin proses anjakan paradigma. Hihi… Cita-cita KIKA nak jadi seorang jurutera, penulis dan jurulatih sambilan untuk Taekwondo. Jadi sesuailah dengan sifat KIKA. Penulis? Macam tak kena je kan...Hehe...Ni yang uniknya...KIKA dari sekolah rendah memang suka membaca dan alhamdulillah, kira mahir juga mengarang. Jiwa pun sastera tau...Makin besar, makin berbunga-bunga...Hihi... =p
Apa-apa pun perempuan yang kasar ni bukanlah satu masalah sebenarnya. Lagi bagus lagi ada. Pada pendapat KIKA, zaman sekarang ni perlukan perempuan yang tegas, vokal, berani dan kuat luaran dan dalaman. Yalah, sekarang ni kan banyak cabaran dan dugaan. Kaum hawa ni pun tak terkecuali nak berusaha untuk mencapai cita-cita.
Dalam kesempatan ini, KIKA nak bagi peringatan bahawa kami yang agak kasar ni pun masih ada perasaan dan sensitiviti. Jadi kenalah layan kami sebaik-baiknya juga kan...Kami pun manusia jugak...
P/S Ratu KIKA: Marilah kita bersama-sama menjaga perasaan orang lain dan terimalah keadaan orang sekelliling kita seadanya. Sekian, terima kasih. Wassalam.

KEBANGKITAN

Wahai bangsaku!
Ketahuilah bahawa
Hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan
Harus disuburkan dengan siraman pengorbanan
Pasti ianya mekar
Lantas membuahkan perjuangan seranum keimanan
Wahai bangsaku!
Usah biarkan daunnya layu dengan racun dunia
Pagarilah ia dengan tembok fikiran
Kerana fikiran itu bias menundukkan nafsu
Serta memimpin jiwa
Bajailah pohon itu dengan pengetahuan
Kerana ilmu itu juga cahaya.

Ingatlah bangsaku!
Impian tidak selalu menjadi kenyataan
Tetapi dugaan sentiasa menjengah kehidupan kita
Jadi, biarlah kita menangis hari ini
Kerana kesakitan semalam
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan
Kerana kegembiraan yang belum pasti

Bangkitlah bangsaku!
Esok sudah tidak boleh mengubah hari ini
Namun hari ini masih boleh mengubah hari esok
Bangkitlah bangsaku!
Merdekakan jiwamu
Agar hidupmu disinari
Kabahagiaan yang hakiki
Lagi abadi

Nukilan: Khairina Izzah binti Khoirul Anuar
Johan Pertandingan Mencipta Sajak sempena Bulan Kemerdekaan 2010

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D

ISTIMEWANYA TEMPAT INI

Sekolah ini
Mencipta pelbagai kenangan
Suka dan suka
Dugaan dan cabaran

Bagi kami
Ini tempat istimewa
Coretan pelbagai kisah
Pelbagai ragam warganya

Sekolah ini
Saksi kegembiraan
Keakraban
Kejayaan
Dan kenangan

Di sinilah bermula segala
Permulaan bagi kami dalam alam remaja
Penuh ujian yang melanda
Namun dapat kami hiasi
Dengan ketabahan dan kegembiraan

Di sini juga
Adanya warga pendidik
Yang tidak kenal erti jerih payah
Tidak jemu menyayanginya
Dan bias menerangi kehidupan insan lain
Guru
Kalian telah menabur bakti
Mendidik kami seikhlas hati
Terima kasih guru
Di kala ini
Kami ingin sekali memohon restu daripada kalian
Demi kejayaan kami
Dan dengan izin yang Maha Esa
Akan kami realisasikan  cita-cita ini
Dengan berjuta kesungguhan

Suatu masa nanti
Ada antara kami
Menjadi sahabat seni
Pewaris budaya
Penyuntik bahasa
Sudah pasti
Warga bijaksana

Saat itu
Sekolah ini,
Menjadi bayangan minda
Setiap kenangan menerjah kotak fikir
Kisah bermakna yang tercoret terlayar indah
Tambah rasa rindu yang bertamu di hati.

Persembahan sempena Hari Graduasi SMKC 2010 (29 Oktober 2010)

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D

ADIK DAN TEMAN

Kadang kala
Mereka gembira
Kadang kala
Mereka kecewa
Walau apapun perasaan mereka
Mereka perlukan teman

Atas tanggungjawab
Aku sudi menjadi teman mereka
Atas rasa kasih
Aku sudi berkongsi cerita

Walau kadang kala
Mereka berdendam
Melepaskan amarah
Walau apa yang terbuku di hati
Tanpa peduli hati temannya ini

Namun
Kasih seorang teman
Mengatasi segalanya
Sewaktu bersam mereka
Teman ini mempunyai pelbagai rasa
Suka, duka, gembira, kecewa
Itulah antaranya

Tapi andai tiada mereka
Hanya satu dapat kuungkap
Sunyi

Bagi teman ini
Merekalah yang menabur duka
Namun
Mereka jugalah yang menjadi penawar

Adik
Kakak menyayangi kamu
Sebagai seorang insan
Yang punya talian darah
Dan juga sebagai seorang temanmu

Andai tiada adik
Siapalah teman ini
Akulah kakakmu.

Pertandingan Mencipta Sajak sempena Bulan Bahasa 2008

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D

Wednesday, October 27, 2010

PUJANGGA - unpredictable life...

as human being, we didn't know what is going to happen in future...
i believe that if we do something good, we will get good thing as rewards but we still can't predict what we must face for that success...maybe we will hurt someone or maybe sacrifice ourself...
however, we must put full effort, try to do the best among the best, pray to God and willing to accept the final returns... =p

Sunday, October 24, 2010

TRYING TO BE A GOOD GIRL!!! =p

Hari ini KIKA hendak jadi 'extra' baik.
Jadi, seorang anak yang baik, kakak yang baik, pelajar yang baik, 
kawan yang baik dan 'senior' yang baik. hehe XD

Thursday, October 21, 2010

CINTA!!! =P

Cinta itu terlalu dalam definisinya
Cinta itu terlalu unik
Cinta itu boleh membuat gelodak jiwa yang dahsyat pada hati seseorang
Ada yang buta kerana cinta
Tertutup segala keburukan duniawi
Hanyut dalam dunia percintaan
Lupa semua derita
Namun tak kurang juga yang merana kerana cinta

Cinta itu bukan hanya penyatuan dua hati
Tetapi, cinta merupakan rasa kasih yang tak terselam
Bagiku, cinta sesama insan ada waktu dan ketika

Zaman remaja ini
Persahabatan adalah cintaku yang agung
Alam dewasa, tak dapat kuduga
Ku hanya memanjatkan doa kepadaNya
“Andai terbit rasa cinta di hati ini
Hanyalah cinta berlandaskan syariatNya
Dan ingin kuisi hatiku dengan cinta suci dahulu
Pertama, cinta kepada Illahi
Kedua, cinta kepada Rasul
Ketiga, cinta kepada ayah, umi dan ibu…
Keempat, cinta kepada guru dan ilmu
Kemudian, cinta-cinta yang lainnya”
Dan sebelum kutemui cinta-cinta yang lain itu,
Ingin kukotakan cita-citaku dahulu
Aku harus berusaha mencapai kejayaan!!!

*Semua kawan-kawan bercerita pasal usaha... so, ni karya khas untuk kalian.. =p

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D

ESOK HARI PENTING!! =P

Kenangan menikmati kek hari lahir buatan arwah ibu pada zaman kanak-kanak dulu masih segar dalam ingatan. KIKA merindui kek coklat ibu. Walau bagaimanapun KIKA bersyukur kerana setelah peristiwa itu, KIKA masih berpeluang untuk menikmati hidup di dunia ini dan masih ada insan-insan yang ikhlas menggembirakan KIKA pada hari bersejarah ini saban tahun. Apa-apa pun hari lahir KIKA tahun ini penting kerana KIKA akan menghadapi SPM. Semoga KIKA sedar akan usia yang semakin pendek ini, KIKA perlu lebih sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup dan sentiasa berusaha membaiki dan memajukan diri!!! insyaALLAH...

Buat rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini, ampunkanlah dosa-dosa KIKA dan halalkanlah segala kekurangan sejak mula kita kenal. Terima kasih atas segala kebaikan dan kegembiraan yang kalian kongsi bersama-sama dengan KIKA.

Salam sayang,
KIKA

Wednesday, October 13, 2010

O Oh...

alhamdulillah hari ni demam dah kebah...
tapi hari ni asyik memikirkan SPM yang hampir tiba...
sewaktu menjawab peperiksaan Tasawwur Islam tadi, terasa seperti tidak bersedia langsung...
add mt antara result yang dapat awal...masih gagal untuk lulus...bertambah risau la...
seakan gelap seketika dunia KIKA sewaktu menatap kertasi add mt tadi...rasa nak nangis kesedihan pun ada...
masa jawab punyalah confident boleh lulus...
sekarang ni rasa seperti terbang semua motivasi diri...huh...dahsyat ni...!
SPM dlm sebulan lagi...perlu struggle separuh mati ni...harap-harap selepas ni sentiasa sihat dan dipermudahkan untuk segala urusan...insyaALLAH...

Monday, October 11, 2010

DEMAM & RENUNGAN

Sudah seminggu demam....hari ni agak dahsyat...
Nak pergi klinik takut kena MC...esok ada satu lagi subjek untuk peperiksaan percubaan SPM...
insyaAllah kalau esok masih demam, pergilah klinik...

Walauapapun hari ini ada sedikit kata-kata yang boleh direnungkan...

KITA TIDAK TAHU BILA KITA AKAN MATI,
KITA TIDAK TAHU BAGAIMANA KITA MATI,
TETAPI KITA SELALU TAHU BAGAIMANA HENDAK HIDUP,

JADI SENTIASALAH RANCANG HIDUP KITA SESEMPURNA MUNGKIN…!!!

Sunday, October 10, 2010

REALITI...! =p

Realiti kehidupan tidak mudah untuk ditafsir...
Pelbagai ragam terbentang di alam ini...

Contohnya, ada orang kata gaduh-gaduh sayang...
Persoalannya, adakah pergaduhan yang berlaku pada setiap hari itu mampu untuk meningkatkan rasa sayang???

Tepuk dada tanya selera...

Pada pendapat KIKA, mengapa perlu kita pertahankan pendapat masing-masing dalam hal-hal yg kecil???
Walhal, banyak lagi isu yang boleh kita bincangkan....mungkin isu itu boleh juga mengubah persepsi dunia...
Jadi kawan-kawan,tidak perlulah kita bertengkar isu-isu kecil dalam persahabatan tetapi kita fokuslah terhadap pelajaran atau masa depan kita....

P/S Ratu KIKA: Cubalah renungkan dengan minda dan hati terbuka.... =p

Friday, October 8, 2010

PUJANGGA - KEYAKINAN!!! =p


KURANG SEMANGAT MENGAKIBATKAN LEBIH BANYAK KEGAGALAN BERBANDING KURANGNYA KEBIJAKSANAAN ATAU KEMAHIRAN. JADI, BUATLAH YANG TERBAIK DALAM APA-APA JUA PERKARA...!!! XD

Thursday, October 7, 2010

KASIH SEORANG TEMAN

Teman
Kau adalah insan
Yang membimbingku
Ke arah kejayaan

1001 nasihat ikhlas darimu
Menyelubungi hatiku
Menjadikanku tidak tentu arah

Teman
Kita pernah bergembira dan berduka
Kau insan mulia
Ketika ku berduka, hanya kau disisiku
Aku hanya menumpang gembira
Namun
Tidak menumpang duka

Teman
Kita selalu membuat kesalahan kerana kita hanya hambaNya
Dengan tulus ikhlas aku ampunkan dosa kau terhadapku
Walau sebesar atau sekecil mana pun
Harapanku, kau ampunilah dosaku
Atas segala kesalahanku terhadap kau selama kita berteman

Doaku
Moga kita terus menjadi teman
Walauapapun terjadi
Kau simpanlah memori indah kita bersama
Sebagai kenangan hidupmu!!!
-ina2210-
CYBERIAN EDISI 04/09

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D

SINAR BARU... XD

salam u all...
akhirnya berjaya juga progress utk blog ni...
tp masih byk nk kena belajar...
excited(3x)....!!!
ni adalah permulaan utk menggapai cita-cita sbg seorg penulis....=p
yeah....!!!!
to all my frens, plz keep in touch....luv u all... =D