Saturday, December 6, 2014

Nazrey Johani
Lirik Muslimah


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Friday, September 14, 2012

SUCCESS?


Success not all positive...
Success may be injury.

To achieve success itself, we have to experience hurt, stress and injury.

Success is subjective.
So, how come success ONLY for happiness and good? Everything has its own pros and cons. So do success!

As we know, life definitely not the same as fairy tales. After we achieve success that we valued it by our own, there'll be another difficulties. Remember that ONLY 'death' stop all the circumstance of a hard life.

However success always be our goal! Be responsible.... focus n be strong to achieve it! =)

Bisakah Kedengaran


Hati ni terasa sedih
Duka lara
Terasa ku keseorangan
Tiada apa bisa kulakukan
Insan yg kurindu sedang berjuang hebat mempertahankan kehidupan mereka
Ingin sekali ku meredah kejauhan
Menerbit satu pertemuan
Namun apakan daya
Kurasakan ku tidak mampu
Menghadapi suasana itu

Sesungguhnya aku sedang mencari teman sejati
Teman yg bisa kukongsikan kelebihanku
Dan sama2 melengkapi kekurangan masing-masing
Dengan talian persahabatan

Pernah suatu ketika
Kehidupan ini kurasakan serba cukup dlm kekurangan
Atas dasar persahabatan
Mungkin kadang kala aku seperti bertepuk sebelah tangan
Tapi
Sekurang-kurangnya aku masih punya rasa senang

Sesungguhnya wanita memang insan lemah
Tapi Allah itu Maha Adil
Diterbitkan rasa kasih sesama wanita
Dalam sebuah persahabatan
Waima, mereka bisa bersama-sama menegakkan Islam

Betapa peritnya kehilangan sahabat seperti itu
Ada masa kurasakan bahawa persahabatan silam itu
Rugi dibazirkan
Namun aku insan lemah yg tidak berkuasa atas suatu takdir

Apa pun aku masih bersyukur pada Allah
Tangisan ini suatu bukti bahawa aku tahu menghargai
Walau hanya sudut kecil dunia seperti persahabatan

Aku yakin aku ikhlas menyatakan ini
“Berjayalah rakanku, walau di mana kau berada sekarang.”
:’(

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D

Saturday, June 23, 2012

Destinasi Abadi


Kehadiranmu tidak lagi membawa cita
Tidak ku anggap ia sbg duka...
Tetapi tanpa dipinta, hatiku pedih terluka
Ke mana akan kubawa hati yg lara
Sedangkan tidak berhasrat kumenjauh darimu
Melepaskan rasa hormat dan sayang
Yang sepatutnya menjadi harmoni dlm kehidupan ini.

Tiada siapa yg meminta menjadi lemah...
Tetapi tanpa sedar,
Air mata jua peneman tidurku
Rasa hiba berkabus dlm jagaku.

Ingin kurentap kekecewaan ini
Kerana dirimu wajar dikasihi
Tetapi bagaimana harus menjadi solusi?
Sedang kita sentiasa berawan hitam
Menangis resah ibarat tengkujuh
Tegar membanjiri perasaan ini.

Ingin sekali kulakarkan pelangi
Walau seketika cuma
Dan ku berharap
Pelangi itu akan senantiasa menjadi tanda
Kebahagiaan hakiki
Di syurga Allah nanti.

Kuatlah wahai diri
Bersyukur dgn kurniaanNya
Bersabar dgn kekuranganmu
Bersabarlah...
Kelak Jannah milikmu

InsyaAllah

P/S Ratu KIKA: Hak Cipta Terpelihara....mohon untuk meletakkan link blog ini iaitu http://ceriterakika.blogspot.com untuk sebarang cetakan atau salinan.... =D

Sunday, May 13, 2012

Rabun Hati wujud ke?


Assalamualaikum w.b.t...
Setelah sekian lama KIKA biarkan bersawang dgn sajak Hakikat Air Mata tu, hari ni KIKA nak memberi pendapat mengenai RABUN...

KIKA mula pkai spec pertengahan thn 2010...form5 time tu...mmg kronik kot sbb duduk depan sekali dlm kelas tapi apa yg cikgu tulis kat papan putih tu pun susah nak tgk...hah! Apa lg kan...rela xrela pegi jgk la check mata n buat spec...tp last week spec KIKA patah...so,4-5 ari ni KIKA duk melilau la tanpa spek...dr jauh mmg xblh cam la sapa yg lalu...mata ni mmg penat sbb trpaksa bkerja keras utk melihat lebih dari kemampuan...

Tiba2 KIKA terfikir satu ayat ni...JANGANLAH HANYA MELIHAT DGN MATA KASAR TAPI LIHAT JUGA DGN MATA HATI...hurm...'mata' hati...agak2 logik x klau ada rabun hati? Mungkin klau mata hati kita ni rabun dekat, kita xblh nampak kebaikan kat sekeliling kita...huu...blh jd masalah negara tu...kita akn mudah brprasangka buruk dan senang jugaklah nak terjadi salah fhm kalau tak dikawal...macam mana kalau mata hati kita terus buta? Ya Allah, xdpt KIKA bayangkan...mana nak letak rukun iman?nak percaya antara manusia pun susah...blh ke nak hidup sendiri di bumi Allah yg luas ni?jadi, blh jgk la kalau nak cakap yg hati pun ada tahap kerabunan jugak tapi xdpt diukur dgn mesin dunia...byk perkara kna ambil kira ni...renung2lah seketika...

Ummi KIKA ada ckp yg org byk baca al-Quran, solat sunat n puasa sunat, insyaAllah keupayaan mata kita akan lebih cerah...semua Muslim insyaAllah tau jugak yg amalan2 sunat ni blh bina keperibadian diri yg superb bermula dr akal dan hati...sesungguhnya, setiap perintah Allah tu memberi rahmat tidak terhingga buat manusia dan makhluk lain ciptaanNya...Wallahualam...

Sebagai peringatan buat diri dan saudara2 KIKA, jomlah kita sama2 memperbaiki amalan fardu kita dan meningkatkan amalan2 sunat...insyaAllah....

Salam Ukhuwah, K.I.K.A